Nilam Oshman
SERAMAI 798 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu seramai 762 individu dikompaun manakala 24 direman dan 12 dijamin.
“Antara kesalahan ingkar PKP termasuk tiada penjarakan fizikal (172), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (119), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (114) dan tidak memakai pelitup muka (108).
“Selain itu, membawa penumpang berlebihan (69) dan lain-lain (216), ” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, seramai 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan manakala enam kenderaan dirampas dalam Ops Benteng semalam.
Sebanyak 149 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan dan tiga orang PATI turut diusir.-Malaysiapost

