Laksana moratorium secara automatik tanpa faedah – Armada

0
1

GESAAN agar bank melaksanakan pemberian moratorium secara automatik tanpa faedah terus disuarakan pelbagai pihak termasuk Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.

Penolong Bendahari Armada, Syafiq Mohd Zin, berkata moratorium serta-merta perlu dilaksanakan untuk pinjaman automatik tanpa faedah ke atas semua jenis pinjaman sehingga 31 Disember ini atau sehingga negara berjaya mencapai imuniti kelompok.

Menurutnya, saranan itu pernah dibuat Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang mencadangkan agar Moratorium Pinjaman Automatik Tanpa Faedah ke atas semua jenis pinjaman menyeluruh.

“Armada turut mencadangkan Moratorium Pinjaman Automatik diperluaskan merangkumi sektor pinjaman berlesen termasuk penjualan secara kredit meliputi penggunaan kad kredit, pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan tidak mengenakan sebarang caj tambahan atau faedah.

“Ini juga termasuk segala bentuk bayaran sewaan, lesen perniagaan dan lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bermula serta-merta sehingga 31 Disember 2021 atau sehingga ekonomi negara kembali pulih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau percaya dengan pelaksanaan Moratorium Pinjaman Automatik Tanpa Faedah mampu menyuntik kembali semangat rakyat seluruhnya dalam mendepani pandemik Covid-19 dan menjayakan inisiatif kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Armada berbesar hati dengan kenyataan dari beberapa Menteri utama yang memberikan gambaran awal bahawa komitmen kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menambah baik pakej bantuan sedia ada dengan pakej rangsangan ekonomi tambahan.

“Di samping kekal menyokong usaha kerajaan dalam membantu rakyat, Armada PPN adalah ‘jalan keluar’ yang cukup baik dan wajar diberikan fokus serta keutamaan rentas politik sama ada daripada blok pemerintah ataupun pembangkang,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here