Kesihatan Hadi semakin baik, dijangka keluar IJN waktu terdekat

0
1

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat.

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kesihatan Abdul Hadi semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif sejak mendapat rawatan di institut itu.

“Alhamdulillah makin baik, insya-Allah dalam masa terdekat dia akan keluar dari IJN.

“Kesihatannya makin pulih, dalam keadaan ceria dan teruja untuk sama-sama dengan masyarakat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian selepas ditemui pada Program Outreach Jejak Vaksin Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, Manir hari ini.

Pada 6 Jun lalu Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang dimasukkan ke IJN untuk rawatan.

Perkara itu dimaklumkan anak beliau, Muhammad Khalil dalam hantaran di Facebook beliau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here