‘Siapa sebenarnya membangsatkan orang Melayu?’ – soal Najib

0
2
Pix via Malaysiapost

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas tindakan pihak tertentu yang sering menimbulkan propaganda dengan menjaja cerita kononnya Umno dan DAP akan menjalin kerjasama.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, propaganda itu didakwa sering dimainkan portal pro-Kerajaan Pakatan Nasional (PN) yang didakwa ‘gigih’ meniup sentimen berkenaan.

“Boleh tahan gigih page pro-PN Otai ini buat propaganda tiap-tiap hari untuk jaja cerita Umno nak pakat dengan DAP. Jutaan rakyat menderita memanjang tanpa bantuan dengan PKP separuh masak tak habis-habis, diaorang tak ingin ambil tahu pulak.

“Sekarang diaorang tuduh Umno mahu membangsatkan orang Melayu. Biarpun keputusan Perhimpunan PAU Umno jelas ialah “No Anwar, no DAP dan no PPBM (Bersatu),” katanya menerusi Facebook.

Najib berkata, sebenarnya peluang Bersatu dan PN untuk bekerjasama dengan DAP adalah jauh lebih besar berbanding Umno-DAP.

Katanya, ini kerana ‘track-rekod’ Bersatu sudah menyaksikan kerjasama dengan DAP dan juga ‘track rekod’ menikam kawan dan membuat U-turn.

“Adakah kamu pernah dengar parti-parti PN buat pengumuman jelas untuk ‘No DAP dan no Anwar’ seperti apa yang diumumkan berkali-kali Umno?

“Demi kekalkan kuasa dan jawatan, ko fikir diaorang tak akan buat ke sedangkan titah YDP Agong dan Raja-Raja pemerintah pun dorang berani langgar dua kali tanpa sebarang rasa kesal atau malu?,” katanya.

Dalam pada it, Najib mendakwa porta berita pro-kerajaan itu yang dibuka pada 2014 adalah untuk mengampu DAP dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sehinggalah bos-bos mereka lompat dari PKR untuk masuk Bersatu pada Februari lalu. Sekiranya berpakat dengan DAP ialah membangsatkan Melayu, jadi saya nak tanya berapa tahun pihak-pihak ini sudah membangsatkan Melayu?

“Menteri Kanan tak HD dan gengnya: Berpuluh tahun membangsatkan Melayu agaknya. Page Otai: Berapa tahun?

“Parti PPBM: Berapa tahun sudah membangsatkan Melayu? Lain-lain parti dalam PH: Berapa tahun pernah membangsatkan Melayu?

“Sedangkan Najib dan Umno tak pernah berpakat dengan DAP. Lagipun, Uncle (Lim) Kit Siang masih benci pada saya,” katanya.

Dalam hantaran sama, Najib turut memuat naik poster dipercayai sebuah portal berita pro-kerajaan yang terpampang gambarnya dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Poster berkenaan beserta tulisan “2018: Orang Melayu akan jadi terbangsat jika Umno hilang kuasa”.

Malah, dalam poster sama, ditulis: ‘Sekarang Najib dan Zahid sedang membangsatkan orang Melayu. Orang Melayu akan pupus jika Umno-DAP tidur sebantal’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here