MITI tambah PPV untuk program PIKAS

0
2

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang menilai beberapa lokasi berpotensi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk program Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS)

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ia bagi merancakkan lagi usaha menampung permohonan syarikat yang semakin bertambah sekali gus mempercepatkan proses vaksinasi pekerja dalam sektor kritikal.

“Saya berharap program ini akan dapat berjalan dengan lancar dan selesai mengikut jadual.

“Oleh itu, kita dapat mempercepatkan proses negara melandaikan keluk wabak covid-19 dan ekonomi negara berjalan lancar serta rakyat boleh menikmati kehidupan seperti biasa,” katanya menerusi kenyataan.

Mohamed Azmin berkata setelah seminggu PIKAS dilancarkan, permohonan yang diterima MITI amat menggalakkan.

Katanya, setakat 16 Jun lalu secara keseluruhannya sebanyak 2,082 syarikat dari seluruh negara melibatkan 301,050 pekerja telah membuat permohonan menyertai program PIKAS.

Melihat kembali semasa PIKAS mula diperkenalkan pada 12 Jun 2021, saya dimaklumkan bahawa MITI menerima permohonan lebih 500 syarikat dengan jumlah pekerja seramai 106,591 orang sahaja untuk menyertai PIKAS.

“Pertambahan jumlah permohonan menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan. Ini merupakan salah satu petunjuk kejayaan program PIKAS buat pemain industri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here