Kayuh basikal hantar pesanan, netizen simpati ‘Food Panda’ ditipu scammer

0
1

Nurul Huda Abhar

KEJADIAN seorang penghantar makanan Food Panda ditipu ‘scammer’ setelah membuat pesan bernilai RM80 mendapat reaksi pelbagai pihak yang berang dengan tindakan tersebut.

Penghantar makanan itu yang juga orang kurang upaya (OKU) dari segi pertuturan, mengayuh basikal tiga kilometer untuk menghantar makanan di sebuah stesen minyak di Jalan Sulaman di Likas, Kota Kinabalu.

Kisah mengenai penghantar makanan itu dikongsi di laman Facebook Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman, semalam.

“Adik ni istimewa sikit, tidak boleh bertutur seperti orang biasa. Nasib baik ada kawan dia bantu. Dia mencari-cari nama pelanggan Mira. Tapi kami bagitau mana ada Mira sini.

“Kami tanya pula sudah telefon pelanggan tu? Kawan adik tu cakap sudah dan bila ditanya melalui WhatsApp, pelanggan tu cakap dia bingung dan tidak tahu siapa guna Hp (telefon) dia.

“Cuma rider tu hairan dan marahlah kenapa dia telefon tadi pelanggan tu tidak cakap awal-awal yang dia tersalah buat pesanan malah disuruh hantar ke Shell?,” tulisnya.

Simpati dengan nasib menimpa penghantar makanan itu, kakitangan stesen minyak tersebut membeli pesanan yang telah dibawa pemuda itu.

Hantaran itu juga memberi amaran kepada pihak ‘scammer’ agar tidak menyalahguna kemudahan aplikasi yang ada untuk menipu mereka yang berhempas pulas mencari rezeki ketika ‘lockdown’ dikuatkuasa.

“Kami mendoakan agar adik rider dan kawannya tidak patah semangat dan teruskan berjuang demi keluarga dan orang yang tersayang!,” ujarnya.

Semakan di ruang komen mendapati ramai yang tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut dan meminta agar membuat laporan polis berdasarkan nombor telefon yang tertera pada pesanan.

Netizen juga mendoakan agar semua penghantar makanan terus tabah mencari rezeki dan memuji semangat setia kawan para ‘rider’ yang sentiasa ada membuat sesama mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here