Bebas dari gelang pink, lelaki disiasat polis pula

0
2

POLIS sudah mengenalpasti lelaki yang memakai gelang ‘pink’ sambil mengisi minyak tanpa memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak di Bentong seperti tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya mengesan penularan gambar seorang lelaki tempatan sedang mengisi minyak tanpa memakai pelitup muka serta memakai gelang pengawasan berwarna pink pada jam 2 petang semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bentong untuk memotong gelang pengawasan terbabit, namun keretanya kehabisan minyak.

“Laporan polis telah dibuat ke atas lelaki terbabit kerana tidak memakai pelitup hidung dan mulut di tempat awam berdasarkan gambar yang tular.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa.

“Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan lelaki terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai dinasihatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khususnya dalam pemakaian pelitup mulut dan hidung di tempat awam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here