Uncle Kentang kesal sikap ‘google’ gambar bayi tipu mohon bantuan

0
1
Independent candidate Kuan Chee Heng or known as ‘Uncle Kentang’ launch his war truck for Semenyih by-election. NORAFIFI EHSAN / The Star

AKTIVIS masyarakat, Kuan Chee Heng meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir individu memalsukan maklumat untuk mendapatkan sumbangan keperluan harian.

Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ berkongsi di Facebooknya yang mana ada individu meminta bantuan susu tepung untuk bayi tetapi sebaliknya membeli dadah apabila mendapat wang.

Oleh itu, Chee Heng lebih bersikap teliti dalam memeriksa maklumat pemohon sumbangan dari segi alamat, lokasi terkini, kisah hidup dan gambar kad pengenalan.

Dalam perkongsian itu juga, beliau berkata ada pemohon menggunakan gambar bayi daripada internet untuk menipu bagi mendapatkan bantuan.

“Kami bukan Tuhan. Kalau you (awak) beri mesej ringkas kami tak balas pun. Jangan marah sebab kamu malas nak cerita dan kami pun malas nak layan.

“Untuk makluman, kalau sehari 400 mesej kami pun tidak larat nak layan. Jangan salahkan jika kami tidak bantu. Memang kami akan gagalkan permohonan anda kerana anda tulis mesej pun macam malas sahaja,” tulisnya dalam hantaran itu.

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Chee Heng bagi mengelak individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan kepada kebaikan ‘Uncle Kentang’.

“Kena tapis betul-betul supaya bantuan bagi tepat pada sasaran.. terbaik uncle.”

“Saya setuju. Bantu pada yang betul-betul susah. Jangan layan pada penipu.” – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here