
SELEPAS dua hari berturut-turut merekodkan kes di bawah angka 5,000, jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia hari ini meningkat semula kepada 5,244 kes.
Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes keseluruhan Covid-19 di Malaysia kini terus meningkat kepada 711,006.
Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 2,001 diikuti Negeri Sembilan (677), Sarawak (577), Kuala Lumpur (531), Johor (282), Pahang (245), Kedah (189) dan Melaka (180), Pulau Pinang (159) dan Sabah (129).
Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Kelantan (81), Labuan (77), Perak (75), Terengganu (27), Putrajaya (13) dan satu kes di Perlis. – Malaysiapost
