PKPD 3 lokaliti di Sabah, Kelantan

0
1

SEBANYAK tiga lagi lokaliti di dua negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 25 Jun hingga 8 Julai 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia selepas ketiga-tiga lokaliti itu mencatatkan peningkatan kes dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Justeru, katanya, PKPD dilaksanakan untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan mereka.

“Pada masa sama, ia akan memudahkan tindakan kawalan Covid-19 dijalankan dengan cepat dan berkesan, seterusnya menghalang penularan lanjut dalam kawasan terlibat serta ke komuniti luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah seperti adalah Kampung Pulau Tukang Dollah, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.

Sementara di Sabah, membabitkan Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud dan Kampung Kukut di Beaufort. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here