NAM perlu menyokong Palestin bagi mengakhiri konflik Israel

0
1
logo NAM

PERGERAKAN Negara-negara Berkecuali (NAM) diminta terus menyokong perjuangan Palestin bagi mengakhiri konflik dengan rejim Israel untuk menjadi sebuah negara berdaulat.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, Malaysia turut mengulangi pendirian mengutuk keras keganasan Israel dan tetap teguh bersolidariti terhadap rakyat Palestin.

Tegasnya, negara anggota NAM juga wajar menyokong penyelesaian konflik itu menerusi siri usaha pembentukan negara merdeka Palestin berdasarkan sempadan pra-1967.

Beliau berkata demikian berucap mewakili Malaysia pada Mesyuarat Luar Biasa Menteri NAM mengenai isu Palestin secara maya semalam menerusi kenyataan Wisma Putra hari ini.

NAM yang ditubuhkan pada 1961 lalu, ketika ini dianggotai 120 negara termasuk Malaysia, selain disertai 17 negara lagi bertaraf sebagai pemerhati dan 10 organisasi antarabangsa, sekali gus menjadi forum multilateral kedua terbesar selepas PBB.

Mesyuarat khas secara dalam talian itu sebagai susulan kepada Resolusi 2334 yang diperakukan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada 23 Disember 2016.

Antara lain, NAM juga memperjuangkan rasa hormat terhadap kedaulatan dan integriti wilayah semua negara, mengiktiraf kesaksamaan dalam kalangan semua bangsa dan semua negara serta tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here