“Manusia bergaduh laksa jadi mangsa” – netizen

0
1

TINDAKAN seorang wanita merosakkan barangan peniaga yang membuka gerai bersebelahan gerainya membuatkan netizen berang.

Klip video berdurasi seminit 37 saat yang tular di media sosial sejak semalam itu memaparkan wanita yang dikatakan peniaga keropok lekor dengan biadap menterbalikkan bekas mengandungi bahan jualan laksa.

Dalam video tersebut, kelihatan peniaga laksa mengutip bahan-bahan yang berselerak di atas jalan.

Berdasarkan perkongsian di Facebook, kejadian itu berlaku di Taman Koperasi LLN, Kajang di mana peniaga keropok lekor didakwa kurang senang dengan kehadiran peniaga lain di sebelah gerainya.

Susulan kejadian itu, rata-rata netizen mengecam tindakan penjaja keropok lekor itu yang dilihat mementingkan diri ketika ramai bergelut mencari rezeki semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ada juga ya manusia begini. Mana pergi sifat perikemanusiaan kamu? Manusia bergaduh laksa jadi mangsa.”

“Sama-sama cari makan. Macamn mana Melayu nak maju kalau segelintir perangai macam ni.”

“Kenapa perlu iri sesama sendiri? Sama-sama cari rezeki musim PKP dan bertolak ansur.”

Demikian antara beberapa komen netizen di laman sosial berhubung video tular berkenaan.

Pada masa sama, media melaporkan penjual keropok lekor itu telah meminta maaf dengan abang ipar kepada peniaga laksa terbabit.

Namun, peniaga laksa itu dilaporkan telah membuat laporan polis semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here