JHEV ATM akan terus bantu Prebet Suria, keluarga

0
2

JABATAN Hal Ehwal Angkatan Tentera (JHEV ATM) telah memberi pelbagai bantuan kepada seorang pesara tentera dan keluarganya yang sebelum ini menjadikan ruang bawah Jambatan Loke Yew 6, Kuala Lumpur sebagai tempat tinggal.

Veteran ATM, Suria Mohamad Hassan yang tular tinggal di bawah jejambat.
Veteran ATM, Suria Mohamad Hassan berjalan bersama dengan anak bongsunya, Mawar Suria, 2 di Flat Sri Johor Cheras hari ini
Veteran ATM, Suria Mohamad Hassan yang tular tinggal di bawah jejambat bersama anak-anaknya di Dewan Serbaguna Flat Sri Johor Cheras.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata selain mencari kediaman baru kepada Prebet Suria Mohamad Hassan dan keluarganya sebuah rumah di Flat Sri Johor, Cheras, JHEV ATM juga akan memastikan kelangsungan kehidupan keluarga ini terus terbela.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat Veteran ATM, Suria Mohamad Hassan yang tular tinggal di bawah jejambat bersama keluarganya di Dewan Serbaguna Flat Sri Johor Cheras hari ini.

Katanya, Prebet Suria merupakan veteran yang penerima pencen ATM dan ex gratia secara bulanan terkini berjumlah RM 1,108.61.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbual dan prihatin kepada Veteran ATM, Suria Mohamad Hassan yang tular tinggal di bawah jejambat bersama keluarganya di Dewan Serbaguna Flat Sri Johor Cheras hari ini.

“Sejak 2019 hingga Mei 2021, beliau telah menerima bantuan yang disediakan kerajaan kepada Veteran ATM yang berjumlah RM 1,250 iaitu bantuan secara one off Bantuan Harapan Negara (BHN) berjumlah RM500, elaun Pingat Jasa Malaysia (PJM) berjumlah RM 500, serta bantuan khas kerajaan (BKK) RM250.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan sumbangan kepada Veteran ATM, Suria Mohamad Hassan yang tular tinggal di bawah jejambat bersama keluarganya di Dewan Serbaguna Flat Sri Johor Cheras hari ini.

“Untuk kediaman kita telah dimaklumkan pihak Baitulmal melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Mawip) menyumbang duit deposit, oleh kerana rumah ini sewa beli kita akan pastikan keluarga ini mampu dalam menyara kehidupan,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada media ketika menziarahi keluarga itu di Flet Sri Johor, Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berbual dan prihatin kepada Veteran ATM, Suria Mohamad Hassan yang tular tinggal di bawah jejambat bersama keluarganya di Dewan Serbaguna Flat Sri Johor Cheras hari ini.

Menurut Ismail Sabri, siasatan mendapati Suria dan keluarganya tinggal di ruangan bawah jejantas jalan Loke Yew 6, hampir enam bulan sejak Januari lalu setelah tidak mampu membayar sewa rumah kerana hilang punca pendapatan ekoran pandemik Covid-19.

Katanya, sebelum ini, Suria tinggal bersama isteri kedua dan empat orang anaknya di Flat Sri Sabah, Cheras.

“Sementara itu, isteri pertama pula tinggal di Flat Sri Sarawak, Cheras berstatus pemilikan sendiri dan mempunyai dua anak yang telah bekerja,” katanya.

Ismail Sabri juga berkata, berdasarkan hasil siasatan yang diperolehi JHEV ATM, Suria juga akan dibantu untuk mendapatkan bantuan sara hidup bulanan berjumlah RM300 dalam masa terdekat.

“Yayasan Veteran ATM juga telah memberi bantuan secara one off kepada veteran ATM ini bagi meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh beliau.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, JHEV ATM juga akan menawarkan lain-lain bantuan dalam Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV ATM yang layak untuk anak-anak Veteran seperti Skim Bantuan Persekolahan berdasarkan kelayakan yang ditetapkan.

“Bantuan yang kita berikan kepada veteran ini menunjukan manifestasi JHEV ATM yang tidak pernah mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan veteran dalam meneruskan kehidupan.

“JHEV ATM bukan sahaja memberi keutamaan kepada nasib veteran tetapi ahli keluarga khususnya anak-anak sentiasa mendapat pembelaan daripada JHEV ATM,” katanya.

Difahamkan, Suria berkahwin kali kedua dengan Azariyah pada 2012 dan dikurniakan empat anak iaitu Saidatina Nurain, 9, Shahwal Wafi, 7, Aishah, 5, dan Mawar, 3.

Seorang lagi anak yang tinggal bersama adalah hasil perkahwinan pertama Azariyah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here