Najamuddin Mohd Nor
“KALAU tanya saya apa tindakan akan jadi selepas 14 hari, saya pun tak tahu. Tidak diputuskan apa-apa, tidak dibincang,”kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Naib Presiden Umno itu berkata demikian mengulas tindakan yang akan diambil Umno susulan memberi amaran 14 hari kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan sidang Parlimen.
Bagaimanapun, Ismail Sabri menjelaskan, perkara itu dicadangkan oleh Biro Politik Umno belum lagi menjadi ketetapan parti itu.
“Secepat mungkin yang dititah Yang di Pertuan Agong mencetuskan pelbagai interptasi apa maksud cepat tu. Umno berpandangan perlu cepat jadi 14 hari. Itu pandangan Biro Politik Umno, bukan Majlis Tertinggi.
“Yang boleh memutuskan dasar adalah Majlis Tertinggi Umno. Biro Politik hanya mencadangkan. Hanya cadangam daripada Umno tetapi Majlis Tertinggi yang akan memutuskan,” katanya pada sidang media di Flat Sri Johor, Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu, beliau menziarah dan menyerahkan bantuan kepada veteran angkatan tentera Suria Mohamad Hassan yang dikesan tinggal di bawah jambatan selama dua tahun.
Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata, Umno menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya sidang Parlimen diadakan secapat mungkin.
Namun, menurut Ismail Sabri, maksud ‘secepat mungkin’ itu mempunyai pelbagai intereptasi dan dijadikan polemik oleh pihak tertentu ketika ini.
“Tidak ada percanggahan pandangan dari segi pembukaan Parlimen, tidak ada percanggahan daripada sesiapa pun di dalam Umno, kita menjunjung titah Yang di Pertuan Agong. Kita memang bersetuju bahawa Parlimen segera dibuka.
“Tapi secepat mungkin yang dititah oleh Yang di Pertuan Agong itu berbagai-bagai intereptasilah apa maksud cepat tu,” katanya. – Malaysiapost

