77 lagi kematian baharu akibat Covid-19 hari ini

0
1

MALAYSIA hari ini mencatatkan 77 lagi kematian baharu akibat Covid-19, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini adalah sebanyak 4,554 kes.

Kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 hari ini dilaporkan meningkat sedikit berbanding semalam sebanyak 69 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan berkata, kes yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 875 dan pesakit memerlukan bantuan alatan pernafasan 445 kes.

Sementara itu, jumlah kes sembuh baharu mencatat angka lebih tinggi berbanding kes harian hari ini, dengan 5,557.

Jumlah itu sekali gus menjadikan kumulatif kes sembuh kini adalah sebanyak 639,181 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here