21 kluster baharu dikesan

0
1

SEBANYAK 21 lagi kluster Covid-19 direkodkan hari ini dengan 13 daripadanya membabitkan kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan masing-masing satu kluster pendidikan tinggi, pusat tahanan serta kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster tempat kerja baharu yang direkodkan hari ini adalah membabitkan enam di Selangor, empat di Kuala Lumpur, dua di Negeri Sembilan dan satu di Johor.

Menurutnya, kluster komuniti pula direkodkan di dua negeri iaitu Kelantan membabitkan tiga kluster dan Sarawak dengan dua kluster.

“Kluster Dah Perdana Tinggi di Kulim, Kedah adalah kluster pendidikan tinggi yang dikesan hari ini apabila mencatatkan 15 kes positif Covid-19 dan seramai 255 individu sudah disaring setakat ini.

“Kluster pusat tahanan pula membabitkan Kluster Tembok Ulu Teris di Sepang, Selangor dengan 16 kes dikesan dan seramai 337 individu disaring.

“Kluster kumpulan berisiko tinggi yang dikesan adalah Kluster Jalan Laksamana Cheng Ho di Melaka dengan 26 kes positif dan 51 individu disaring,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, secara keseluruhan sebanyak 2,666 kluster dilaporkan sehingga kini dengan 1,816 kluster sudah tamat, manakala 850 kluster masih aktif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here