Program Vaksinasi Bergerak legakan penduduk

0
3

PROGRAM Vaksinasi Bergerak di kawasan sekitar Kuala Lumpur mendapat sambutan menggalakkan khususnya daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi hantaran Facebook memaklumkan program berkenaan diterus hari ini di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Setapak dengan mensasarkan seramai 1,800 penerima vaksin.

Foto Kredit : DBKL

“Sambutan adalah amat menggalakkan khususnya daripada golongan warga emas dan OKU di kawasan ini.

“Rata-rata mereka mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL kerana membawa program ini dekat kepada mereka,”kata kenyataan itu.

DBKL berkata, inisiatif itu sekali gus dapat menyelesaikan masalah kesukaran untuk penduduk di kawasan itu untuk mendapatkan vaksin.

“Program di kawasan ini adalah selama tiga hari dan akan berakhir pada Rabu ini. Disasarkan seramai 1800 akan menerima vaksin ini dalam tempoh tersebut dengan anggaran 600 orang sehari,” katanya.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, seramai 33,800 individu menerima vaksin Covid-19 mulai semalam hingga 26 Jun ini di bawah fasa kedua Program Vaksinasi Bergerak MyMedic@Wilayah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Beliau berkata, ia melibatkan golongan individu yang berisiko tinggi termasuk peniaga, pekerja di pasar harian serta penjaja, kawasan industri, penempatan gelandangan, Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR MTEN), Perumahan Awam (PA) DBKL dan kampung-kampung tradisi.

Beliau berkata, fasa kedua ini melibatkan 22 lokasi antaranya, Pasar Borong Kuala Lumpur, Pasar Harian Selayang, lapan kawasan industri, tujuh PPR MTEN atau PA DBKL, pusat penempatan gelandangan di Pusat Komuniti Setiawangsa, Desa Aman, Desa Tasik, Kampung Sungai Penchala dan Kampung Padang Balang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here