Polis buru YouTuber hina Menteri

0
1

POLIS sedang memburu seorang YouTuber bagi membantu siasatan berhubung sebuah video bertajuk ‘Sabah Must Watch! Biopolitik Tokoh Rasis Pemecah Perpaduan Sabah’ yang dimuat naik di YouTube.

Difahamkan, lelaki terbabit didakwa turut mengeluarkan ucapan menuduh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan sebagai rasis, memiliki ijazah kedoktoran yang meragukan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan dilakukan selepas satu laporan polis yang diterima.

“Siasatan awal mendapati rakaman berkenaan memaparkan ucapan provokasi terhadap Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah.

“YouTuber itu mengaku sebagai wakil suku kaum Bajau Suluk,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sehubungan itu, Mohd Zaidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu itu memaklumkan kepada polis.

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor P Palaninathan di talian 016-4122835 atau 088-529222,” katanya.

Sebelum itu, semakan polis dalam YouTube mendapati video berdurasi 11 minit 36 saat itu dipercayai dimuat naik menerusi saluran Malaysian Respond dan ditonton oleh 2,502 penonton. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here