‘Muhyiddin, jangan hanya berjanji’ – Kit Siang

0
1

VETERAN DAP, Lim Kit Siang mahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi komitmen bahawa Parlimen akan dipanggil bersidang sebelum 1 Ogos ini.

Ahli Parlimen itu menerusi Twitternya berkata, adalah tidak memadai sekiranya hanya berjanji untuk melibatkan pembangkang dalam mengkaji pembukaan semula persidangan Parlimen.

“Tidak cukup untuk Muhyiddin hanya menjanjikan untuk melibatkan pembangkang dalam mengkaji pembukaan semula Parlimen.

“Sebaliknya beliau perlu memberi komitmen bahawa Parlimen akan dipanggil bersidang sebelum 1 Ogos,” ciapnya.

Semalam, Muhyiddin berkata, jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang sudah dibentuk untuk meneliti aspek penting, sebelum sidang Parlimen diadakan.

Beliau berkata, pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan.

“Saya minta jawatankuasa yang dianggotai wakil-wakil kerajaan dan pembangkang untuk nilai perkara berkenaan. Dan, selepas itu barulah mereka maklumkan kepada saya sama ada sudah bersedia atau tidak, untuk memulakan sidang Parlimen.

“Sama ada persidangan akan dibuat secara hibrid atau fizikal, ini akan dirujuk kepada peraturan tetap yang ada sekarang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here