Rakyat jangan ragu-ragu dapatkan vaksin, titah Sultan Johor

0
1

SULTAN Johor bersama Permaisuri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta keluarga diraja Johor sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Sultan Ibrahim Iskandar dalam kenyataan bertitah menasihati rakyat supaya tidak ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin demi kesihatan serta membendung penularan wabak berkenaan.

“Saya dan keluarga sudah menerima vaksin dan amat berharap rakyat Johor juga tidak ragu-ragu untuk mendapatkan vaksin demi menjaga serta melindungi diri dan keluarga masing-masing.

“Saya dan Permaisuri Johor dalam keadaan sihat selepas menerima suntikan vaksin, Alhamdulillah kami juga tiada kesan sampingan,” titah Sultan Ibrahim menerusi Royal Press Office (RPO) seperti dimuat naik di Facebooknya.

Di samping mengikuti segala nasihat serta prosedur operasi standard (SOP) dari Kementerian Kesihatan (KKM), Sultan Johor bertitah, pengambilan suntikan vaksin juga penting untuk mengurangkan kadar jangkitan Covid-19 dan mencapai imuniti kelompok.

“Di samping melindungi diri, kita perlu memikirkan pasukan barisan hadapan, doktor, jururawat dan pasukan perubatan yang bertungkus-lumus merawat pesakit Covid-19.

“Lebih ramai yang menerima vaksin, semakin kita hampir kepada imuniti kelompok dan mengurangkan kesan buruk penyakit ini kepada kehidupan seharian kita.

“Justeru, daftarlah untuk vaksin dan pastikan anda serta ahli keluarga selalu menyemak serta menepati temujanji MySejahtera,” titah baginda.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here