Lelaki cedera jatuh bangunan IPD Dang Wangi

0
1

SEORANG pekerja penyelenggaraan penghawa dingin cedera selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja menyelenggara di bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, anggota bertugas di kaunter pertanyaan Balai Polis Dang Wangi telah terdengar bunyi dentuman di luar lobi IPD Dang Wangi.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang individu terbaring di atas lantai di luar lobi dengan mengalami kecederaan pada tubuh badannya.

“Individu ini telah terjatuh semasa melakukan penyelenggaraan penghawa dingin di tingkat 10 bangunan IPD Dang Wangi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis kemudian menghubungi pihak hospital dan lelaki terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan.

“Justeru, polis memohon orang ramai agar tidak menularkan sebarang gambar atau video berkaitan kejadian ini yang boleh mendatangkan kegusaran awam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here