Telefon terbakar, XIAOMI Malaysia hadiahkan telefon pintar baharu

0
1

MURID Tahun Tiga yang tidak dapat meneruskan sesi pembelajaran secara dalam talian selepas telefon jenama YES diterima secara percuma meletup dan terbakar baru-baru ini, lega kerana mendapat telefon pintar baharu sumbangan Xiaomi Malaysia.

Murid terbabit, Muhammad Shafie menerima telefon pintar jenis Redmi Note 10 5 G yang baru dilancar pada bulan lalu.

Menerusi perkongsian Suryani Abdul Ghani di Facebook miliknya, berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada Xiaomi Malaysia kerana sudi memberi telefon pintar baharu kepada anaknya saudara itu.

“Alhamdulillah. Terima kasih pada pihak Xiaomi Malaysia yang sudi memberi peranti baru Redmi Note 10 5G kepada adik Muhammad Shafie selepas peranti dari Yes meletup pada 15 Jun tempoh hari,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, niatnya berkongsi kisah itu bukan untuk meraih simpati namun sekadar peringatan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati menggunakan telefon pintar.

“Saya perhatikan ada segelintir netizen mengatakan saya meraih simpati. Itu bukan niat saya. Hanya sekadar berkongsi pengalaman, semoga semua sedar yang isu ini membahayakan kanak-kanak,” katanya.

Beliau mengakui tidak pernah meminta untuk digantikan dengan telefon pintar baharu, tetapi Xiaomi Malaysia berbesar hati untuk menghulurkan bantuan bagi memudahkan anak saudaranya belajar melalui kaedah PdPR.

“Mereka ikhlas menolong walaupun telah diterangkan keadaan sebenar. Saya amat terharu dgn keprihatinan pihak #XiaomiMalaysia.

“Saya rasa tak ada masalah kalau saya terima untuk kemudahan adik Shafie. Terima Kasih sekali lagi kepada pihak #XiaomiMalaysia atas keprihatinan syarikat menjalankan tanggungjawab sosial,” katanya.

Terdahulu media melaporkan murid berusia sembilan tahun itu terkejut apabila mendapati telefon digunakannya terbakar secara tiba-tiba ketika mengikuti kelas dalam talian Selasa lalu.

Telefon yang digunakan oleh murid berkenaan merupakan telefon percuma bersubsidi yang diterima melalui program Jaringan Prihatin menerusi YES 4G. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here