Wanita maki polis tular di media sosial

0
1

SEORANG wanita dipercayai ahli perniagaan tular di media sosial sejak semalam susulan rakaman video memaparkan tindakannya memaki hamun anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR).

Kejadian dipercayai terjadi pada 1 Jun lalu selepas wanita berkenaan dikenali sebagai “Wawa dari Wahid Enterprise” disaman akibat cukai jalan dan insurans tamat tempoh.

Rakaman video berdurasi seminit 29 saat itu itu menunjukkan wanita itu meninggikan suara dan membuat provokasi terhadap beberapa anggota polis di lokasi terbabit dalam loghat Sabah.

“Kau dengar sini, aku ajar engkau… jaga mulut kau… kau ingat tu eh. Nama aku Wawa, Wahid Entreprise,” katanya kepada polis.

Bagaimanapun, anggota polis bertugas kelihatan tenang mengendali situasi itu sambil mengeluarkan notis saman.

Sementara itu, Wawa turut tampil memberi penjelasan berkenaan kejadian terbabit menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Dia mendakwa menunggu hampir 30 minit di dalam kereta jenis Toyota Harrier untuk menerima notis saman.

“Sengaja melambat-lambatkan saman, sampai Wawa turun ke pondok tanya kenapa lambat encik? Ketika itu, polis tu mula menyindir?

“Wawa cakap saman saja encik, hal ‘roadtax’ tu memang salah. Dia cakap pula dia ada kuasa bagai dengan nada menyindir, perkecilkan Wawa sebagai rakyat,” katanya.

Namun, Wawa mengakhiri penjelasannya dengan ucapan maaf kepada petugas yang terkesan dan memuji usaha pihak polis yang bertugas.

“Cuma pegawai yang satu itu saja bermasalah, tiada budi bahasa dan integriti,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here