PM berkuasa tetap tarikh Parlimen dengan perkenan Agong – Speaker

0
3

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai kuasa untuk menetapkan tarikh bagi mengadakan kembali sidang Parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata komitmen Perdana Menteri terhadap usaha untuk mengadakan sidang Parlimen sekitar September atau Oktober ini juga dianggap sebagai rasional.

“Perdana Menteri berkuasa menetapkan tarikh sidang Parlimen dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Beliau berhak memanggil sidang mengikut perlembagaan, malah beliau telah menyatakan secara rasional berkenaan kewajaran tempoh tersebut.

“Antaranya kerana angka Covid-19 dan sebagainya, jadi bagi pihak Parlimen, kita menunggu tarikh persidangan ditetapkan nanti,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.

Ia bagi membolehkan pelan pemulihan negara yang dibentang kerajaan semalam dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahasakan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Pandangan baginda itu dibuat selepas memperhalusi semua pandangan pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat pakar dari pelbagai agensi kerajaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here