Kerajaan perlu segera buka Parlimen selesai isu Covid-19

0
2

KERAJAAN perlu segera memanggil sidang Parlimen bagi menyelesaikan segala persoalan mengenai isu Covid-19,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ia bertujuan untuk memberi maklumat kepada masyarakat agar dapat memahami situasi semasa pandemik itu di Malaysia.

“Bagi orang biasa faham, perlu diadakan sidang segera kerana wabak ini menular dan tidak ada petanda mudah untuk meleraikannya,” katanya di siaran langsung di Facebook miliknya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pertemuan Majlis Raja-Raja di Istana Negara, semalam.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menggesa Muhyiddin membuka Parlimen secepat mungkin atau mengundur diri.

Menurut mereka, Perdana Menteri perlu menjunjung titah dan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here