Johor cari tarikh sidang DUN dalam masa terdekat

0
1
Johor Mentri Besar Datuk Hasni Mohammad during press conference at Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar on Wednesday (March 11)

KERAJAAN Johor bersedia mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) segera sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, tarikh sesuai sedang dikenal pasti bagi membolehkan sidang DUN dapat dijalankan dalam masa terdekat.

Katanya, kerajaan Johor sentiasa menjunjung tinggi proses serta amalan demokrasi cara Johor sejak dahulu lagi yang amat menekankan aspek permuafakatan.

“Proklamasi Darurat akan tamat pada Ogos. Sehubungan itu, kerajaan negeri akan mengenal pasti tarikh yang sesuai supaya persidangan DUN dapat dijalankan segera.

“Kita sentiasa mengalu-alukan pandangan pelbagai pihak termasuk daripada pemimpin kerajaan mahupun pembangkang dalam mendepani pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau mewakili kerajaan Johor menjunjung kasih dan amat mengalu-alukan titah dan pandangan yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu.

“Alhamdulillah, Persidangan Khas Raja-Raja Melayu semalam telah menyatakan dengan jelas pendirian mengenai Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dalam menangani pandemik Covid-19.

“Malah, atas nasihat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, saya telah mengadakan perbincangan khas secara maya mengenai langkah-langkah yang boleh diambil dalam mendepani pandemik Covid-19 bersama wakil-wakil rakyat, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, baru-baru ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here