Bila Parlimen akan dibuka? – Shahril Hamdan

0
1

SAMPAI bilakah muslihat kerajaan untuk menggelak Parlimen dibuka semula? soal Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan.

Beliau berkata, ia kerana melihat kenyataan Perdana Menteri, Menteri Undang-undang dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tampak tiada kesungguhan ke arah itu.

Katanya, pelbagai pihak menekankan soal perlunya Parlimen bersidang segera sejajar dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semalam.

“Dibaca dengan kenyataan bertarikh 24 Februari dimana SPB YDPA bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang sewaktu darurat.

“Kenyataan Majlis Raja-Raja semalam yang jelas menyebut kaedah dan prosedur persidangan seperti yang diamalkan di negara lain wajar diperkenal di negara ini. Ia jelas bahawa yang mengelak Parlimen adalah Kerajaan bukan institusi lain.

“Justeru, kita akan terus menggesa agar Parlimen bersidang untuk membahaskan isu berkepentingan negara. Kalau tidak sekarang, Ogos apabila darurat tamat,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, memandang tarikh Parlimen bersidang masih belum diketahui namun ada suatu perkara yang wajar dibincangkan segera.

“Iaitu soal sama ada Kerajaan akan sekali lagi mencari ruang untuk mengelak peranan sebenar Parlimen kelak,” katanya.

Jelasnya, dalam Perkara 150(7) Perlembagaan Persekutuan mengatakan apabila habis tempoh enam bulan yang bermula dengan tarikh sesuatu proklamasi darurat terhenti berkuat kuasa, apa-apa ordinan yang dimasyhurkan menurut proklamasi itu

“Dan setakat yang undang-undang itu tidak dapat dibuat dengan sahnya jika tidak kerana perkara ini, apa-apa undang-undang yang dibuat semasa proklamasi itu berkuat kuasa, hendaklah terhenti berkuat kuasa, KECUALI tentang perkara-perkara yang telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan sebelum habis tempoh itu.

“Pakar undang-undang mampu membahaskannya dan lebih terperinci,” katanya.

Sehubungan itu, soalnya, adakah kepimpinan Kerajaan khususnya Perdana Menteri sekali lagi akan menggunakan tafsiran paling mesra kepada agendanya untuk kekal berkuasa?

“Adakah akan berpaut kepada Ordinan Darurat jauh melangkaui 1 Ogos?Atau adakah kepimpinan Kerajaan, selewat-lewatnya setelah darurat tamat, akan segera kembali menyerah kepada sistem demokrasi berparlimen termasuk dalam soal keyakinan Ahli-ahli Dewan Rakyat terhadap perkara pokok seperti Belanjawan 2022?,” soalnya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here