Tak tumbuh misai pun sayang – Safiey Illias

0
2

USAHAWAN kosmetik kontroversi, Safiey Illias yang ditahan kerana dipercayai melakukan komunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur, dipercayai sudah dibebaskan daripada tahanan reman.

Ia susulan Safiey dilihat mula mengemaskini beberapa hantaran di Facebook miliknya semalam.

“Alhamdulillah, selesai. Rindu Ratu tak?? nanti Ratu live di Instagram Safieyillias94 okay,” tulisnya.

Dia juga menjawab pertanyaan netizen sama ada dirinya sudah bermisai atau tidak memandangkan hampir lima hari berada dalam tahanan reman.

“Tak tumbuh misai pun sayang. So cepat-cepat laser dekat Gorgeous Klinik Kepong. Cantik all the times gitew,” katanya.

Menerusi Facebook story, memaparkan foto peralatan shisha yang sering digunakannya semasa membuat siaran langsung di media sosial.

Terdahulu, usahawan kosmetik itu bersama rakannya direman tiga hari bermula 11 hingga 13 Jun lalu, disebelum ia disambung sehingga semalam.

Pada 10 Jun lalu, tular live di media sosial membabitkan Safiey bersama rakannya dan dua remaja lelaki masing-masing berusia 14 dan 15 tahun berkomunikasi berkaitan perkara lucah. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan
https://malaysiapost.com.my/2021/06/13/safiey-ilias-pipi-natasha-direman-3-hari-lagi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here