Kampung Bukit Gemuk pula kena PKPD

0
2
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

SEBANYAK tujuh lagi lokaliti di tiga negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 18 Jun hingga 1 Julai 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan mereka.

Pada masa sama, katanya, ia akan memudahkan tindakan kawalan Covid-19 dijalankan dengan cepat dan berkesan, seterusnya menghalang penularan lanjut dalam kawasan terlibat serta ke komuniti luar.

Semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah seperti berikut:

  1. Kampung Bukit Gemuk, Tawau
  2. Perumahan Etara, Jalan Agaseh, Lahad Datu
  3. Perumahan Awam Desa Rejang, Kuala Lumpur
  4. Kampung Serikin, Bau, Bahagian Kuching
  5. Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau
  6. Kampung Landung Ayang, Kudat
  7. Taman Lavender, Kudat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here