Rakyat Malaysia lega Ebit Lew selamat

0
1

HANTARAN Facebook terkini Ebit Lew ternyata melegakan hati rakyat Malaysia yang bimbang dengan keadaan pendakwah berkenaan yang kini berada di Gaza untuk misi kemanusiaan.

Dalam hantaran ringkas itu, Ebit memaklumkan beliau berada dalam keadaan sihat dan memohon orang ramai mendoakan agar segala urusannya dalam misi kemanusiaan di Gaza dipermudahkan.

“Doakan yer..Alhamdulillah semua dalam keadaan baik..Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya di Facebook hari ini.

Susulan kemaskini terbaru Ebit tersebut, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa bersyukur dan gembira.

Syukur Buang berkata: “Alhamdulillah, syukur. Semoga Ustaz Ebit Lew dikurniakan ALLAH SWT kesihatan yg terbaik, dipanjangkan umur, diluaskan sumber rezeki halal dan sentiasa mendapat perlindungan serta keselamatan.

“Semoga , UEL & team selamat kembali semula ke Malaysia . Ramai yg lebih memerlukan kehadiran UEL di sini. Semua sayang akan UEL,” katanya.

Manakala, Chem Rose Suhaimi berkata, dia sentiasa menunggu perkhabaran Ebit menerusi Facebook namun sudah lama tidak ada perkhabaran baru dan perkara itu amat merisaukan.

Bagaimanapun, katanya, dia berasa lega akhirnya Ebit memaklumkan beliau selamat di sana.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..segala puji bagi Allah…lama tunggu berita..akhirnya… Alhamdulillah Ya Allah.. Semoga Ustaz Ebit sentiasa dalam jagaan dan perlindungan Allah swt.

“Semoga selesai misi bantuan dengan selamat semoga selamat pulang ke Malaysia,” katanya.

Kali terakhir, Ebit mengemaskini media sosialnya pada 27 Mei lalu memaklumkan beliau akan menghantar bantuan keperluan dan perubatan kepada Gaza, Palestin, bagaimanapun ianya perlu melalui proses di Mesir untuk melalui sempadan Rafah sebelum ke Gaza.

Hari ini, menerusi laporan media, Kementerian Luar Negeri sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai Ebit yang kini difahamkan masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar, berkata pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang pendakwah itu ke tanah air. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here