SERAMAI 4,227,554 individu di negara ini sudah melengkapkan penerimaaan dos kedua vaksin Covid-19 sehingga semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 dalam kenyataan melalui laman Twitter, berkata jumlah individu yang menerima suntikan dos pertama ialah 2,929,736 manakala penerima dos kedua ialah sebanyak 1,297,818.
“Selangor mendahului jumlah individu yang telah melengkapkan pengambilan vaksin dengan 170,855 diikuti Sarawak (133,516), Kuala Lumpur (122,564), Perak (121,740) dan Johor (118,317).
“Sementara bagi jumlah individu yang telah menerima vaksin bagi dos pertama ialah Kuala Lumpur (505,498) diikuti Selangor (438,103), Sarawak (276,166), Johor (271,268) dan Perak (227,120),” kata kenyataan itu.
Sebelum ini, kerajaan menyasarkan sebanyak 200,000 dos suntikan vaksin Covid-19 doberi kepada rakyat negara ini setiap hari menjelang 31 Julai ini.
Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan strategi negara untuk memberi suntikan kepada seramai mungkin penduduk di negara ini dengan kadar segera bagi melindungi dan membendung penyebaran wabak Covid-19. – Malaysiapost

