SIFAT prihatin dan sifat mulia seorang wanita terhadap seekor anjing membolehkan dia menerima surat penghargaan dan cenderahati daripada Persatuan Haiwan Malaysia.
Menerusi hantaran di Facebook, Persatuan Haiwan Malaysia memberi penghargaan kepada Aqilah Yuhanis Anuar kerana menyelamatkan seekor anjing yang hampir lemas dalam keadaan lehernya dijerut dengan tali di dalam karung guni, baru-baru ini.

“Tahniah dan terima kaseh Aqilah Yuhanis!

“Justeru Animal Malaysia (Persatuan Haiwan Malaysia) berbesar hati mengurniakan surat penghargaan berserta beberapa cenderahati sebagai ingatan rasa terima kasih dan galakan terhadap kerja ‘noble’ wanita yang asalnya bukan ‘rescuer’ tetapi melakukan kerja kemanusiaan yang amat berharga,” kata kenyataan itu.
Selain itu Aqilah yang berasal dari Dungun diberi bantuan kewangan RM200 untuk memilhara anjing tersebut.

Dia turut menerima kad Touch N Go Love Our Dog edisi eksklusif Animal Malaysia, baju “Save Our Dog’ eksklusif Animal Malaysia, mask Anjing eksklusif Animal Malaysia, pelekat cukai jalan kereta, pelekat cermin kereta dan pelekat motosikal yang tertera nama Animal Malaysia.
Dalam pada itu, Persatuan Haiwan Malaysia berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia mencontohi sifat mulia Aqilah terhadap haiwan.
“Semoga lebih ramai lagi golongan masyarakat ada kesedaran membantu anjing yang dalam memerlukan akibat di zalimi dan teraniaya,” katanya. – Malaysiapost.

