“Henti guna gambar dan nama saya” – Rara

0
1

Nurul Huda Abhar

“BERHENTI gunakan gambar dan nama saya atau orang lain untuk kepentingan diri sendiri,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman atau lebih kenali sebagai Rara.

Ia selepas beliau mendapati terdapat beberapa akaun palsu di laman Facebook yang menyalahgunakan nama dan gambarnya tanpa izin.

Malah, katanya, akaun palsu tersebut membuat permintaan menjadi untuk rakan di Facebook kepada ramai orang.

Young Syefura menegaskan, jika keadaan tersebut berterusan dan menjadi semakin teruk, maka beliau akan membuat laporan polis.

“Jika semakin teruk dan hingga ada yang ambil kesempatan, ya saya akan buat laporan polis untuk tindakan undang-undang seterusnya,” katanya kepada Malaysiapost.

Sejak semalam, Young Syefura menerusi hantaran di Facebooknya memuat naik tangkap layar beberapa akaun palsu yang menggunakan nama dan gambarnya.

Beliau juga meminta orang ramai agar membuat sekatan (block) terhadap akaun palsu terbabit kerana dikhuatiri akan menyalahgunakan gambarnya bagi tujuan peribadi.

Tambahnya, beliau berharap individu yang terbabit sedar bahawa tindakan menyalahgunakan gambar orang lain di media sosial adalah salah di sisi undang-undang.

“Kegiatan ini salah di sisi undang-undang dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika terdapat lagi akaun begini.

“Tindakan undang-undang jika perlu untuk jaga nama baik saya kerana saya tidak tahu apa aktiviti dan niat mereka gunakan nama atau gambar saya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here