PAS utarakan isu darurat, sidang Parlimen – Tuan Ibrahim

0
1

TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini berlangsung hampir sejam berkisar perkembangan isu Covid-19, darurat dan persidangan Parlimen.

Katanya, beliau mewakili Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

“Tuanku sangat terbuka dan mesra berbincang, namun baginda serius apabila menitahkan hal-hal yang berkaitan kes-kes Covid-19 yang sedang berlaku.

“PAS merupakan sebahagian daripada komponen kerajaan akan terus mendukung pendirian diambil untuk menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara hari ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata PAS telah mengarahkan seluruh jentera parti untuk terus memobilisasi dalam usaha membantu petugas barisan hadapan.

Ini katanya, dalam semua inisiatif di bawah program vaksinasi kebangsaan seperti melancarkan kempen dan bertindak sebagai pemudah cara untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Mewakili PAS, saya menjunjung kasih atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap dan mempersembah maklum pendirian parti,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here