RM262.5 juta e-tunai sudah ditebus

0
1

LEBIH 1.75 juta belia sudah menebus kredit e-tunai melalui program eBelia (eBelia), sejak 1 Jun lalu.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata secara keseluruhan kredit e-tunai eBelia yang ditebus adalah bernilai RM262.5 juta setakat pagi ini

“Alhamdulillah, lebih 1.75 juta belia telah menebus kredit e-tunai eBelia bernilai RM262.5 juta setakat pagi ini, sejak ia dilancarkan pada 1 Jun lepas.

“Program eBelia adalah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan ditambah baik di bawah Pakej Bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dengan peruntukan RM300 juta untuk menyalurkan RM150 kepada 2 juta belia berumur 18-20 tahun serta pelajar sepenuh masa di IPT tempatan yang berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, inisiatif itu dijayakan dengan kerjasama empat penyedia perkhidmatan e-dompet rasmi iaitu BigPay Malaysia, Boost, ShopeePay & Touch ‘n Go eWallet.

Katanya, penyedia perkhidmatan rasmi itu akan memberikan faedah tambahan untuk menggandakan nilai tebusan. ⠀⠀
⠀⠀
“Saya berharap, warga belia dapat memanfaatkan program ini sebaiknya.

“Bagi yang belum membuat penebusan, segeralah menebus di e-dompet rasmi pilihan anda sebelum tarikh tutup penebusan 22 Julai 2021,” katanya.

Program eBelia (eBelia), inisiatif kredit e-tunai bernilai RM300 juta akan dibuka kepada sekitar dua juta belia warga Malaysia yang layak bermula 1 Jun ini.

Ia bertujuan meringankan beban kewangan, selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai dalam kalangan belia serta penuntut sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan berdaftar. – Malaysiapost

Foto Kredit: eCENTRAL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here