Program hiburan sampai 50 orang tanpa pakai ‘mask’ boleh pula? – Syed Saddiq

0
1

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mempersoalkan kewajaran kerajaan membenarkan program hiburan yang menghimpunkan 50 artis dalam sebuah rancangan realiti TV baru-baru ini.

Syed Saddiq berkata, dalam program itu seramai 50 individu berhimpun tanpa memakai pelitup muka serta ada antara mereka yang dipercayai belum lagi menerima vaksin.

Beliau berkata, keadaan sebaliknya berlaku apabila Parlimen ditutup sedangkan semua wakil rakyat sudah divaksin serta mematuhi prosuder operasi standard (SOP) termasuk melakukan penjarakan fizikal ketika bersidang.

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook dan menjadi perdebatan hangat netizen apabila terdapat seramai lebih 50 juri terdiri daripada selebriti dikumpulkan dalam satu tempat dalam sebuah rancangan realiti.

Netizen mempersoalkan sama ada penganjuran program berkenaan dibenarkan terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tambahan pula juri dalam rancangan itu tidak memakai pelitup muka.

Difahamkan, rancangan dinamakan All Together Now Malaysia merupakan sebuah program realiti yang diadaptasikan dari British (All Together Now).

Program ini mengumpulkan 50 orang juri dalam kalangan penyanyi, pelawak, penyampai radio, influencer dan wartawan hiburan untuk mencari penyanyi baharu yang berbakat besar.

Peserta perlu menampilkan persembahan yang terbaik untuk mencuri hati barisan 50 juri ini dalam melayakkan mereka ke peringkat seterusnya pula.

Hanya seorang peserta sahaja yang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000.

Bagaimanapun, rancangan berbentuk hiburan yang diterbitkan sebuah stesen televisyen tempatan itu dikatakan dilakukan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)3.0. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here