Ahmad Amzah nafi jadi orang tengah ‘redakan ketegangan’

0
1

TIMBALAN Menteri Sains Teknologi Inovasi Ahmad Amzad Hashim menafikan laporan sebuah portal yang cuba mengaitkan beliau kononnya berperanan ‘untuk meredakan ketegangan’ antara Menteri Besar Terengganu dan Istana.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu daripada PAS itu berkata beliau terkejut apabila menerima pautan berita portal terbabit yang bertajuk “Kedudukan Samsuri Kini Genting, Kata Orang PAS”.

“Kandungan berita itu telah mengaitkan nama saya.

“Saya dengan ini menolak sepenuhnya kandungan yang cuba mengaitkan saya kononnya berperanan ‘untuk meredakan ketegangan’.”

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya hari ini susulan laporan berita antara lain mendakwa isu melibatkan Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar kini genting sehingga istana hampir menarik balik gelaran Datuk Seri disandangnya.

Malah, laporan itu yang memetik sumber mendakwa Ahmad Amzad terpaksa diminta menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan antara Samsuri dan pihak istana.

Mengulas lanjut, Ahmad Amzad berkata setahu beliau pentadbiran Ahmad Samsuri berjalan dengan baik dan tiada sebarang masalah seperti didakwa.

“Berita yang dilaporkan mengandungi maklumat tidak betul, mereka-reka cerita yang tidak pernah berlaku dengan mengaitkan saya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here