Penggunaan sistem HIDE ditangguh sementara

0
1
PUTRAJAYA, 17 Feb -- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada sidang media yang diadakan secara maya di pejabatnya hari ini. Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas dikenali sebagai Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk menguruskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Turut sama, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KERAJAAN menghentikan sementara Sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) yang digunakan untuk mencegah pembentukan kluster Covid-19 baharu dalam tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) ketika ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu, berkata sistem berkenaan akan disambung semula nanti.

HIDE mampu mencegah pembentukan kluster Covid-19 baharu sekiranya penyenaraian lokasi yang dikenal pasti diambil tindakan awal oleh pihak berkuasa, pemilik premis dan orang awam.

Menerusi HIDE, beberapa intervensi awal akan dilakukan penghantaran notifikasi kontak kasual menerusi aplikasi MySejahtera, kawalan pergerakan pengunjung atau pelawat dengan lebih ketat dan menghalang kemasukan mereka yang berstatus berisiko tinggi seperti yang terpapar di aplikasi MySejahtera.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam kenyataan berkata mana-mana premis yang tersenarai dalam sistem HIDE diarah tutup selama tiga hari berkuat kuasa serta-merta.

Pada 8 Mei lalu, Khairy memaklumkan HIDE dijangka dapat membendung penularan wabak berkenaan menerusi perkongsian senarai lokasi berkenaan.

Beliau berkata, ia adalah bertujuan membantu masyarakat merancang perjalanan dan keputusan yang wajar sebelum ke sesebuah lokasi atau premis agar dapat menghindari risiko jangkitan Covid-19. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/08/sistem-hide-bantu-elak-kluster-covid-19-baharu-kj/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here