Kerajaan digesa tunai janji beri petugas media vaksin – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan kerajaan yang masih belum menunaikan janji untuk memberi vaksin Covid-19 kepada pengamal media.

Ahli Parlimen Pekan itu, berkata pengamal media memainkan peranan besar dalam membuat liputan dan membawa berita serta info terkini kepada masyarakat.

“Tunggu, tunggu dan tunggu…… Media kita mainkan peranan besar.

“Setiap masa mereka buat liputan dan bawakan berita, info terkini kepada kita. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dilindungi,” katanya ringkas dalam hantaran Facebook.

Semalam, pengamal media meminta kerajaan menunaikan janjinya untuk melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 kepada golongan berkenaan yang berisiko kerana sering berada di lapangan membuat liputan.

Gesaan dibuat Kelab Media Putrajaya yang bimbang kerana ramai pengamal media masih menantikan tarikh pemberian vaksin daripada kerajaan menerusi Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin

“Biarpun tidak dimaklumkan mengenai tarikh pemberian vaksin, sudah tentu ia membawa kelegaan kepada petugas media, terutama apabila PICK sudah memasuki fasa kedua, sedangkan kami yang turut digelar ‘petugas barisan hadapan’ tidak lagi menerima pelalian.

“Sudah tentu ramai antara kami terutama bertugas di pusat pentadbiran negara berharap menjadi antara terawal menerima vaksin Covid-19. Namun, selepas seminggu, dua minggu berlalu, Aidilfitri tiba dan akhirnya Mei berakhir, tiada sebarang khabar berita mengenai bila pemberian vaksin kepada petugas media akan dimulakan.

“Lebih membimbangkan, ketika PICK masih berada dalam fasa Kedua, pelbagai program dan acara menteri dan kementerian yang perlu kami hadiri termasuk secara fizikal,” kata kelab itu menerusi kenyataan, semalam.

Bulan lalu, Khairy mengumumkan kira-kira 1,500 pengamal media bakal menerima suntikan vaksin. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:


https://malaysiapost.com.my/2021/06/06/vaksin-covid-19-pengamal-media-tagih-janji-manis-kerajaan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here