Orang mabuk langgar kawat duri rupanya

0
2

MOTOSIKAL ‘tersadai’ pada kawat duri yang tular di media sosial hari ini rupa-rupanya angkara seorang lelaki mabuk.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata motosikal itu ditemui pada kawat duri di Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan, Mukim Ulu Kinta, Ipoh yang ketika ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),

Katanya, berdasarkan maklumat nombor pendaftaran motosikal, polis pergi ke alamat rumah lelaki berusia 34 tahun itu di Ipoh untuk siasatan.

“Setibanya anggota di rumah berkenaan didapati ada sebuah motosikal bernombor pendaftaran seperti dilaporkan.

“Didapati seorang lelaki terbaring di atas tilam dalam keadaan cedera dan penuh luka-luka,” katanya dipetik Harian Metro, hari ini.

A Asmadi berkata, lelaki itu mengakui dia menunggang motosikal seorang diri dalam keadaan mabuk untuk pergi ke rumah rakannya pada jam 5 pagi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, lelaki itu mendakwa terlanggar kawat duri yang dipasang lalu meninggalkan motosikalnya dan balik ke rumah berjalan.

“Difahamkan, dia tidak tahu lokasi berkenaan diisytiharkan kawasan PKPD kerana tidak tinggal di situ dan motosikalnya diambil rakan sebelum dihantar ke rumahnya,” katanya.

Katanya, lelaki itu kemudian dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

“Setakat ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here