8 kilang diarah tutup, gagal patuhi SOP

0
2

SEBANYAK lapan kilang di Klang, Selangor diarah tutup selepas gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam operasi bersepadu selama dua hari bermula kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata arahan itu dibuat selepas mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan, tiada surat kebenaran dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan tidak termasuk sektor yang dibenarkan beroperasi.

Beliau berkata, sebanyak 37 kompaun turut dikeluarkan kepada pemilik dan pekerja kilang atas pelbagai kesalahan.

“Kompaun dikenakan terhadap majikan kerana gagal menyediakan peralatan saringan suhu, kehadiran pekerja melebihi 60 peratus dan gagal menyediakan peralatan saringan suhu selain tidak memakai pelitup muka

“Manakala, kompaun terhadap pekerja dikenakan selepas mereka didapati gagal mengimbas MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu menumpukan kilang yang beroperasi di sekitar Sungai Kapar, Meru, Bandar Sultan Suleiman dan Bandar Bukit Raja.

“Lapan kilang berkenaan antaranya kilang cat, kilang ais, kilang acuan besi dan kilang memproses minyak sawit,” katanya.

Dalam pada itu, Nurulhuda berkata, sebanyak 143 kompaun dikeluarkan mpihaknya atas pelbagai pelanggaran SOP terhadap individu dan peniaga.

“Justeru, kita menasihatkan pengusaha syarikat supaya mematuhi arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta SOP yang telah ditetapkan.

“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti kilang mencurigakan dengan menghubungi bilik gerakan di talian 03-32912222,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here