TV Pendidikan diteruskan ketika PdPR – KPM

0
1

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan meneruskan program Didik TV dengan 15 jam waktu siaran setiap hari bagi memastikan semua murid mendapat akses kepada pendidikan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata Didik TV yang dilancarkan pada 17 Februari lalu adalah langkah persediaan kerajaan jika Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) terpaksa dilaksanakan jika kes Covid-19 meningkat.

“Saya masih ingat sewaktu ia (Didik TV) dilancarkan pada 17 Februari lalu dan kemudian sekolah dibuka, ramai yang kata dah buka sekolah baru nak buat Didik TV.

“Pada waktu itu kami di kementerian telah menilai keadaan semasa dan melihat kita perlu bersedia kerana tidak tahu apakah ‘perangainya’ Covid-19 ini dan kita tidak tahu mungkin kes akan meningkat bila-bila masa, kita tidak tahu mungkin perlu kembali kepada PdPR.

“Sebab itu pada waktu itu kita komited perlu laksanakan Didik TV secepat mungkin bagi memastikan kita meletakkannya di platform yang baik dan sekiranya berlaku lagi PdPR ia dapat digunakan sepenuhnya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, ia bagi memastikan murid yang tidak dapat akses kepada internet sekurang-kurangnya mempunyai kaedah lebih dekat kepada mereka membolehkan turut bersama belajar dan mengikuti PdPR dari guru berpengalaman dan mampu menyampaikan konsep dalam kaedah lebih mudah.

“Kita akan teruskan Didik TV dengan 15 jam waktu siaran setiap hari.

“Selain itu slot TV Pendidikan dilaksanakan di TV Okey (dua jam setiap hari) dan Asrto Tutor TV (empat jam setiap hari) yang akan diteruskan seperti biasa,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: Rancangan Tivi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here