PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Perkara itu disahkan anaknya, Muhammad Khalil menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.
“Mohon doa dan solat hajat khusus kepada Ayahanda Tuan Guru supaya diberikan kesembuhan segera.
“Beliau kini berada di IJN dalam keadaan yang stabil namun masih perlukan rawatan susulan dan pemantauan oleh doktor,” katanya.
Beliau turut menjelaskan menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar yang kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah.
“Insya-Allah saya akan maklumkan keadaan Ayahanda Tuan Guru dari masa ke masa. Terima kasih,” katanya.
Sebelum ini Abdul Hadi telah beberapa kali dimasukkan ke IJN untuk menerima rawatan selain mengadu kepenatan.
Kali terakhir Ahli Parlimen Marang itu dirawat di IJN adalah pada Februari lalu. – Malaysiapost
Foto Kredit: FB/Abdul Hadi Awang

