Mujahid dketuai PH Perak, komited bawa rakyat keluar dari pandemik

0
1
Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf

PAKATAN Harapan (PH) Perak di bawah kepimpinan Pemgerusinya yang baharu, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf menyatakan komitmen untuk membawa masyarakat keluar dari pandemik Covid-19, sekali gus membentuk kehidupan bernegara yang lebih sejahtera dan demokratik.

Koordinator Komunikasi dan Publisiti PH Perak, Dr Muhaimin Sulam berkata perkara itu dinyatakan menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan PH negeri itu yang dipengerusikan Mujahid secara maya hari ini.

Katanya, sebagai pengerusi PH Perak yang baharu, Mujahid yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) yakin kerjasama erat dalam kalangan semua pimpinan parti komponen mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap keupayaan PH memimpin negeri.

“Dalam mesyuarat tersebut, semua pengerusi parti komponen di peringkat negeri telah dilantik menjadi timbalan pengerusi Majlis PH Perak.

“Di samping itu, struktur baharu majlis telah diputuskan membabitkan jawatan Setiausaha, Bendahari, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita.

“Sekretariat Majlis, Biro Dasar dan Politik, serta Biro Komunikasi dan Publisiti juga diwujudkan bagi memperkukuhkan operasi PH Perak,” katanya menerusi kenyataan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here