Ebit, delegasi selamat di Mesir, barangan telah sampai ke Gaza

0
1

PENDAKWAH dermawan, Ebit Lew yang mengetuai misi kemanusiaan rakyat Palestin di Gaza sejak 25 Mei lalu berada dalam keadaan selamat di Mesir ketika ini.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata berdasarkan maklumat terkini, urusan Ebit dan delegasinya berjalan lancar apabila mereka telah berjaya menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin di wilayah Gaza.

“Beliau dapat masuk ke Gaza atau tidak, itu tak ada dalam maklumat saya, tetapi yang jelasnya beliau telah sampai ke Mesir.

“Beliau telah membeli barangan bantuan yang perlu untuk Gaza, dan barangan tersebut sudah pun masuk ke wilayah Gaza. Jadi selamat.

“Setakat yang kita pantau dari maklumat kedutaan kita di Mesir, urusan beliau dan pasukannya berjalan lancar dan selamat,” katanya hari ini.

Pengesahan itu sekali gus meredakan keresahan netizen yang bimbang keselamatan Ebit dan delegasinya susulan tiada khabar berita perkembangan terkini daripadanya.

Kali terakhir Ebit mengemas kini hantaran di Facebook pada 25 Mei lalu berkaitan urusan delegasinya yang membeli barangan di Mesir untuk dibawa ke Gaza. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here