Hybrid atau apa sahaja asalkan demokrasi pulih – Zahid

0
1
Sidang media penutup Perhimpunan Agung UMNO 2020

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik hasrat kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mempertimbangkan untuk mengadakan sidang Parlimen secara hybrid.

Beliau berkata, sama ada persidangan Parlimen secara hibrid atau apa sahaja asalkan sistem demokrasi negara dapat dipulih dan disuburkan dengan segera.

Katanya, sudah begitu lama hak demokrasi rakyat untuk suara mereka didengari dinafikan dan tidak dipedulikan.

“Tidak mengapalah. Secara hibrid atau apa sahaja asalkan sistem demokrasi negara dapat dipulihkan segera. Parlimen perlu kembali bersidang bagi mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk menangani kes Covid-19.

“Dan cara untuk memulihkan ekonomi negara serta membantu rakyat yang sedang sangat terjejas,” katanya di Facebook, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) masih musykil dengan kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun baru-baru ini kerana seperti menyokong supaya persidangan Parlimen terus digantung.

“Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang sepatutnya menegakkan institusi Parlimen sebagai tonggak demokrasi terpenting.

“Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang sepatutnya mempertahankan Parlimen sebagai badan legislatif mewakili hak rakyat dan alasan penggantungan itu disahkan oleh prinsip undang-undang dan boleh dikuatkuasakan dengan kuasa Kabinet agak culas,” katanya.

Tegasnya, Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di Malaysia dan ia terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

“Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hanya Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk menghenti atau membubarkan Parlimen.

“Yang di-Pertuan Agong telah lama bertitah pada Februari lalu bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat. Negara lain juga telah lama bersidang walau secara maya dan tiada bukti Covid-19 boleh tersebar melalui talian internet setakat ini.

“Jangan bimbang. Jika sekalipun kerajaan PN mahu pintu depan, pintu belakang waima pintu sisi Parlimen terus ditutup, tutup sahaja,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here