AMK Pahang mahu PKR tolak kerjasama politik dengan Tun M

0
1
Parti Keadilan Rakyat

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Pahang mengemukakan usul supaya kepimpinan PKR menolak sebarang kerjasama politik antara parti itu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha AMK Negeri Pahang, Ahmad Saifullah Razali berkata ia juga adalah hasrat ahli akar umbi di semua 14 cabang di Pahang.

“Saya selaku perwakilan ingin menggunakan ruang yang diberikan ini untuk membawa satu usul yang saya kira teramat
penting untuk dibahaskan.

“Saya ingin membawa usul menolak sebarang kerjasama politik antara PKR dan Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata pembahas mewakili AMK Pahang itu dalam Ucapan Perbahasan Dasar Ketua AMK secara maya hari ini.

Ahmad Saifullah berkata usul itu berteraskan lima dalil mengapa PKR perlu menolak Dr Mahathir:

  1. Tun Mahathir telah mengkhianati perjanjian dengan tidak menyerahkan kuasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  2. Tun Mahathir tidak memperjuangkan idealisme perjuangan reformasi dan jelas dapat dilihat apabila beliau tidak melaksanakan agenda reform semasa menjadi Perdana Menteri ketujuh.
  3. Tun Mahathir merupakan beban kepada mana-mana parti yang akan beliau sertai kerana kegagalan beliau memerintah
    semasa menjadi Perdana Menteri ketujuh.
  4. Tun Mahathir mempunyai sejarah meletak jawatan tanpa berbincang dengan ketua ketua parti komponen sehingga menyebabkan kerajaan PH jatuh.
  5. Tun Mahathir tidak lagi mempunyai idealisme, wawasan dan visi yang jelas untuk terus menjadi pemimpin politik dalam negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here