Makanan percuma : “Jangan malu-malu, DM je Sarah”

0
1

BAGI membantu golongan yang terkesan ketika Sekatan Pergerakan Penuh yang dijalankan bagi mengekang penularan Covid-19, pelakon Puteri Sarah Liyana juga tidak terkecuali menghulurkan bantuan makanan secara percuma.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, usaha tersebut adalah hasil kerjasamanya dengan peniaga Izdihat Rizkallah.

Menurut Puteri Sarah, Izdihat Rizkallah juga yang menaja makanannya sepanjang menjalani tempoh kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 pada Mei lalu.

Isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof ini juga meminta individu yang terkesan untuk menghubunginya secara peribadi di laman Instagram miliknya.

“Assalammualaikum, nak kongsi dengan anda sempena lockdown ni untuk tempahan. Dan juga, kepada keluarga yang tidak berkemampuan sepanjang lockdown ni tolong DM Sarah. @izdiharrizkallah akan hantar makanan free je tapi hanya dalam area KL/Selangor.

“Jangan malu-malu, DM je sarah , kami akan hantar makanan percuma pada family yang tak berkemampuan. Tolong sebarkan ya,” tulisnya di laman Instagram.

Sementara itu, pelakon Sabarlah Duhai Hati itu juga berkongsi mengenai tawaran makanan tengahari secara percuma buat keluarga tidak berkemampuan di laman Instagram. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here