Jangan sentuh Azmin, dia kebal – Puad Zarkashi

0
1

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melabelkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai kebal kerana masih berada di kedudukannya walaupun dikritik hebat.

“Pintu belakang Azmin kuat. Azmin ada ‘fix deposit’ untuk Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri. Lagi pun Azmin deliver. Dia akan pujuk 3-4 orang lagi Ahli Parlimen pembangkang sokong PN,” sindir Puad.

Beliau berkata, walaupun, petisyen dibuat dan ramai orang mengundi bagi Azmin meletak jawatan, ia tidak memberi kesan kepada beliau.

“Kerana pintu belakang kena buka, lebih kurang 142,173 orang mengundi supaya Azmin letak jawatan.

“Tetapi itu tidak akan menyebabkan Azmin dipecat sebagaimana Datuk Seri Tajuddin Rahman dipecat Pengerusi Prasarana.

“Azmin kebal. Apa datang membadai dia tidak terjejas. Azmin dilanda banyak isu kontroversi. Daripada isu peribadi ke isu kementerian.
Tapi semuanya beres,” katanya menerusi Facebook.
Beliau berkata, cara Azmin menangani masalah adalah dengan menafikan, tidak mengaku, muka selamba dan ‘bargaining power’.

“Azmin aset. Tajuddin bukan aset. Hamzah dan Azmin akan bersaing untuk jadi aset. Sehari dua ini Hamzah mula bersuara. Mula turun ke bawah.

“Apakah Hamzah akan tutup pintu depan dan pintu belakang. Hamzah tidak main tapi…tapi…macam Ismail Sabri. Mampukah PM8 kawal mereka berdua ini. Semakin ‘messy’,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here