PENGAMAL media yang melalui sekatan jalan raya (SJR) hanya perlu mengemukakan kad media serta surat berkaitan sebagai perakuan menjalankan tugas sepanjang
pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi kerjasama dan memahami tugas pengamal media melaporkan maklumat penting kepada masyarakat dalam tempoh itu.
“Pengamal media tidak perlu risau ketika melalui SJR. Apa yang penting kemuka kad media dan surat berkaitan sama ada daripada majikan, Jabatan Penerangan atau Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM),” katanya seperti dilapor Bernama.
Beliau berkata demikian berikutan kebimbangan pengamal media, sekiranya tidak melepasi SJR untuk bertugas dalam tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh selama 14 hari, yang bermula 1 Jun. -Malaysiapost

